Entri Terkini

VISI DAN MISI

MISI 

Objektif IKRAM SISWA:

1. Menggerakkan dakwah dan tarbiah di kampus.
2. Mengarusperdanakan fikrah Islam di kampus.
3. Melahirkan pemimpin di kalangan mahasiswa.
4. Memimpin aktivisme mahasiswa di kampus.
5. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama dengan semua pihak.
6. Menyuarakan pandangan mahasiswa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
7. Menerajui penglibatan mahasiswa dalam masyarakat.


Apakah itu IKRAM SISWA?

IKRAM SISWA (IS) adalah sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang berperanan menjana perubahan (Islah) masyarakat kampus melalui dakwah dan tarbiah, mendepani isu-isu semasa mahasiswa di peringkat nasional dan antarabangsa serta membina pemimpin ummah masa depan.

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah." [11:88]