Entri Terkini

Ikhlas Dalam Amal

Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. -Hassan Al Banna

Thursday 4 April 2013

Hadis 2: Islam, Iman dan Ihsan

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.  Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim)
Antara kandungan hadis:
1.  Memperelok pakaian dan perawakan
Di dalam hadis ini, diceritakan bahawa malaikat Jibril telah datang menemui Rasulullah dalam keadaan menyerupai seorang lelaki. Pakaiannya kemas tidak menampakkan beliau di dalam permusafiran. Pekertinya sopan menghadap Rasulullah bertanya tentang Islam, Iman dan Ihsan. Digalakkan kepada kita untuk mengenakan pakaian bersih dan memakai wangian ketika memasuki masjid dan menghadiri majlis ilmu.

2.  Islam
Secara ringkasnya, Islam mempunyai 5 asas, atau yang selalu kita sebutkan sebagai 5 rukun Islam.
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Mendirikan solat lima waktu
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan



3.  Iman
Rukun Iman ada enam perkara.
Yang pertama, beriman kepada Allah. Meyakini kewujudan dan keesaan-Nya.
Kedua, beriman kepada malaikat. Malaikat adalah makhluq Allah yang diciptakan daripada cahaya. Malaikat sangat taat kepada Allah. Mereka tidak makan dan tidak mempunyai nafsu.
Ketiga, beriman kepada kitab-kitab Samawiyah.
Keempat, beriman kepada para Nabi dan Rasul. Para Nabi dan Rasul adalah utusan Allah yang menyampaikan risalah-Nya.
Kelima, beriman kepada Hari Akhirat. Semua manusia akan merasai kematian dan kemudiannya dibangkitkan semula untuk menghisab amalan mereka di dunia. Amalan baik akan diganjarkan syurga manakala amalan buruk dibalas neraka.
Keenam, beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala. Meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan ketentuan dan kehendak-Nya.

4.  Ihsan
Ihsan bererti ikhlas dan tekun. Ia memberi maksud bahawa kita beribadah dengan sangat khusyu’ seolah-olah kita melihat Allah. Jika kita tidak mampu merasakan perasaan tersebut, sesungguhnya Allah melihat kita.

5.  Hari Kiamat dan Tanda-tandanya
Ilmu tentang hari kiamat adalah rahsia Allah. Hanya Allah yang mengetahui bila berlakunya hari kiamat. Kita Cuma dikhabarkan tentang tanda-tandanya. Antara tanda-tanda kiamat adalah:
  1. Berlakunya kerosakan akhlaq
  2. Urusan yang haq dan batil bercampur baur
  3. Manusia bermegah-megah dengan bangunan tinggi dan perhiasan mewah
  4. Urusanurusan diserahkan kepada yang bukan ahli
  5. Manusia bongkak sesama makhluq



6.  Bertanya tentang ilmu
Dalam obsesi mencari ilmu, kita hendaklah menjaga adab-adab yang berkaitan dengannya. Dalam berdiskusi tentang ilmu, kita hendaklah bertanya tentang perkara yang boleh memberi manfaat sahaja. Elakkan betanya perkara yang sia-sia.
Apabila kita ditanyakan satu soalan dan kita tidak mengetahuinya, hendaklah kita berkata jujur, “Aku tidak mengetahuinya”, kerana itulah tanda wara’, taqwa dan ilmunya yang sahih. 

Wallahu a'lam.

Read more >>

Monday 1 April 2013

Hadis 1: NIAT

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya:  Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.






Sebab Hadis Dilafazkan: Penghijrahan Ummu Qais

Diceritakan sebuah peristiwa dimana seorang lelaki yang tinggal di Mekah telah meminang Ummu Qais yang tinggal di Madinah. Ummu Qais tidak bersetuju menikahi lelaki tersebut melainkan jika lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Ketika peristiwa hijrah ke Madinah berlaku, lelaki tersebut turut berhijrah bersama sahabat-sahabat yang lain, tetapi dengan tujuan menikahi Ummu Qais. Rasulullah yang mengetahui hal ini menegur secara terang-terangan niat lelaki tersebut.




Faedah Hadis:


1. Hadis ini adalah paksi kepada agama Islam dan juga merupakan asas dalam agama ini. 

Menurut Imam Abu Daud: "Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-deen itu dua perkara, samada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat."

Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: "Di dalam hadis ini (iaitu hadis'Bahawasanya segala malan itu adalah dengan niat') mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah samada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut."

2. Peringatan kepada penuntut ilmu agar mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah di dalam menuntut ilmu dan melakukan amal kebaikan.

3. Sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amalan soleh tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti mati atau sakit yang menghalangnya untuk melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

4. Segala amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadah apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.

Kesimpulan:

Mari sama-sama perbaiki niat kita hidup di atas muka bumi ini. Sebagai pelajar muslim yang menuntut ilmu-ilmu-Nya, penting bagi kita memperbaiki niat dari masa kesemasa agar setiap malan kita dikira sebagai amal ibadah. :)




Rujukan:

1. Al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto


Wallahu a'lam.
Read more >>