Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a.
katanya: Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala
amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada
apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka
hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana
dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya,
maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.
Sebab Hadis Dilafazkan: Penghijrahan Ummu Qais
Diceritakan sebuah peristiwa dimana seorang lelaki yang tinggal di Mekah telah
meminang Ummu Qais yang tinggal di Madinah. Ummu Qais tidak bersetuju menikahi
lelaki tersebut melainkan jika lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Ketika
peristiwa hijrah ke Madinah berlaku, lelaki tersebut turut berhijrah bersama
sahabat-sahabat yang lain, tetapi dengan tujuan menikahi Ummu Qais. Rasulullah
yang mengetahui hal ini menegur secara terang-terangan niat lelaki tersebut.
Faedah Hadis:
1. Hadis ini adalah paksi kepada agama Islam dan juga merupakan asas dalam
agama ini.
Menurut Imam Abu Daud: "Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya
segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana
ad-deen itu dua perkara, samada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang
batin iaitu niat."
Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: "Di dalam hadis ini (iaitu
hadis'Bahawasanya segala malan itu adalah dengan niat') mengandungi satu
pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah samada dengan
hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah
satu daripada tiga pembahagian tersebut."
2. Peringatan kepada penuntut ilmu agar mengikhlaskan niat semata-mata kerana
Allah di dalam menuntut ilmu dan melakukan amal kebaikan.
3. Sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amalan soleh tetapi
terdapat keuzuran yang kuat seperti mati atau sakit yang menghalangnya untuk
melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.
4. Segala amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadah apabila disertai
dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.
Kesimpulan:
Mari sama-sama perbaiki niat kita hidup di
atas muka bumi ini. Sebagai pelajar muslim yang menuntut ilmu-ilmu-Nya, penting
bagi kita memperbaiki niat dari masa kesemasa agar setiap malan kita dikira
sebagai amal ibadah. :)
Rujukan:
1. Al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin
Misto
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment