Entri Terkini

Ikhlas Dalam Amal

Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. -Hassan Al Banna

Wednesday 31 October 2012

Eid Adha 1433h




Pernah dengar orang Islam yang hanya menjadi Muslim untuk 2 hari? Err… Ya. Dia hanya menjadi Muslim pada dua Hari Raya. Hari Raya Puasa dan hari Raya Haji. Pergi ke Masjid mendirikan solat sunat bersama Muslimin lainnya. Sedangkan pada hari-hari lainnya… Allahu a’lam.

Erm. Saya pasti anda yang sedang membaca bukan salah satu antaranya. Ya kan? Sebab itu anda membaca entry ini. Alhamdulillah.

Saya melihat manusia menyambut kedatangan Zulhijjah dengan pelbagai perasaan.

Ada yang murung dan bersedihan. Masakan tidak. Beraya di kampung halaman tanpa orang-orang tercinta. Ibu bapanya ke Baitullah menunaikan rukun islam kelima.

Ada yang biasa-biasa saja. Seperti tiada bezanya dengan hari-hari sebelumnya. Cuti pun tak panjang. Tiada shopping complex yang mengadakan SALE besar-besaran. Tiada orang-orang berniaga bunga api dan mercun di kaki-kaki jalan.

Ada juga yang menyambutnya dengan penuh rasa teruja. Hmm. Ini masanya melayan nafsu perutku. Daging korban ada di mana-mana. Macam-macam masakan. Oh ya. Semalam aku menonton berita. Khabarnya, permintaan terhadap lembu dan kambing di Malaysia meningkat tahun ini. Alhamdulillah..

Ahh. Yang paling menarik, golongan ini. Menyambut Zulhijjah berbeza dari yang lainnya. Mereka menyambutnya dengan penuh rasa takjub dan izzah. Dari dimensi seorang muslim yang sebenar. Dari sudut seorang hamba kepada Zat Yang Maha Esa.

Dilalui hari-hari Zulhijjah dengan penuh rasa keimanan. Amalan sunat dihidupkan. Berpuasa sunat. Solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Melakukan ibadah qurban. Berzikir. Dan macam-macam amalan sunat lagi. Menghayati Zulhijjah melalui Seerah pengorbanan Anbiya’. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihima salam.

Puasa Sunat

Kita disunnatkan berpuasa pada 9 hari pertama termasuk pada hari ‘Arafah (kecuali bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah radiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasslallam bersabda:

"Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap agar Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang"
(HR Muslim)

Berqurban

Disyariatkan melakukan qurban pada hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) .Ia merupakan sunnah Nabi Allah Ibrahim alaihis salam setelah Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail alaihis salam yang kemudiannya ditebus atau digantikan dengan seekor kibash untuk disembelih.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 28 yang bermasud:

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan manfaat/faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu (hari ma'lumat), kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Hajj ayat 37:

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."



Solat Sunat Raya Qurban

Menunaikan solat hari raya secara berjamaah serta mendengar khutbah. Oh ya. Kita disunatkan supaya tidak makan sebelum mendirikan solat sunat Aidil Adha ya.

Kesimpulannya, di dalam golongan manakah kita? Tepuk dada tanya iman.

Dikesempatan ini, IKRAM Siswa UIAM Gombak mengucapkan 

Selamat Memburu Amalan Sunat Sepanjang Zulhijjah. 
Moga Allah terimanya sebagai penebus ke syurga dan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433H

kepada semua Warga UIAM Gombak dan seluruh Rakyat Malaysia


Wallahu a’lam. 

Read more >>

Monday 29 October 2012

Cinta Osem


Read more >>